Kiosk AI Panas Express USIM mudahkan akses makanan 24 Jam
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus melangkah ke hadapan dalam memperkasakan inovasi kampus dengan pelancaran kiosk Panas Express, sebuah kedai serbaneka berkonsepkan kecerdasan buatan (AI) pertama di Institusi Pendidikan Tinggi Negeri Sembilan. Program ini hasil kerjasama strategik antara USIM melalui Unit Penjanaan dan Pendanaan, Jabatan Bendahari, dengan Panas Express, membuka lembaran baharu dalam penyediaan perkhidmatan layan diri 24 jam kepada pelajar.
Majlis perasmian yang berlangsung di Lot Kedai Panas Express, Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP) USIM dirasmikan oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Bendahari USIM, Encik Hezan Shah Zainuddin, Pengasas Panas Express, Encik Vincent Siow, dan Puan Alicia Tey, Pengasas Bersama Panas Express.
More News
-
125th Outlet Grand Opening at UOW Penang
July 29, 2026 -
114th Outlet Grand Opening at Columbia Batu Kawan
July 28, 2026 -
93th Outlet Grand Opening at USM Penang
July 24, 2026 -
The Hotel Convenience Store That Never Sleeps
July 24, 2026 -
119th Outlet Grand Opening at PWCC Penang
July 24, 2026 -
100th Outlet Grand Opening at Columbia Asia Hospital
December 23, 2025