Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) will cooperate with Panas Express !
KUALA SELANGOR – Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) telah membelanjakan sebanyak RM10 juta bagi menyalurkan bantuan kepada penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara pada tahun lalu.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Prihatin, Profesor Emeritus Tan Sri Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), menjadi tanggungjawab Prihatin membantu kebajikan penuntut universiti terutama bagi keluarga asnaf dalam kalangan B40.
Menurut beliau, Prihatin telah menyampaikan beberapa bantuan berbentuk wang tunai, barangan elektronik, keperluan asas dan cermin mata.
“Kita turut membantu kolej kediaman di universiti dengan peralatan pelbagai yang bertujuan membantu mengurangkan beban penuntut selain memastikan mereka tiada masalah tidak ada duit membeli makanan dan sebagainya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga dengan kerjasama Panas Express meneroka peluang untuk membuka sebuah kedai serbaguna yang beroperasi sepenuhnya tanpa kakitangan berasaskan kecerdasan buatan (AI).
“Sehingga kini kita telah membuka 30 cawangan kedai serbaneka AI di universiti awam dan swasta dan akan mengembangkannya di pusat perubatan pada masa akan datang,” ujar beliau.
More News
-
100th Outlet Grand Opening at Columbia Asia Hospital
December 23, 2025 -
100间无人便利店, 是怎么做到的?!
December 23, 2025 -
Panas Express Wyndham Klang Grand Opening
December 23, 2025 -
Something New Introduced In Malaysia’s Hospital
December 23, 2025 -
Panas Express In Escape Theme Park?!
December 23, 2025 -
YB & Exco Negeri Tour Panas Express
December 23, 2025